Saturday, August 21, 2010

BLOG KAMI SUDAH BERPINDAH

UNTUK MAKLUMAN TUAN PUAN SEKALIAN, BLOG PSSGMUTP SUDAH BERPINDAH KE :


SALAM HORMAT

Thursday, October 1, 2009

Majlis Buka Puasa PSSGMUTP

Majlis Buka Puasa PSSGMUTP telah diadakan pada 4hb Septembar di astaka berdekatan Masjid An-Nur dimeriahkan ahli2 baru, lama serta para tetamu jemputan. Majlis bermula sekitar 6 petang dengan ketibaan para tetamu. Presiden PSSGMUP, Fawwaz bin Fuat telah memberikan ucapan alu-aluan dan telah mempersilakan para tetamu luar memberikan sepatah dua kata. Tetamu luar yang hadir pada malam itu termasuklah Abang Hasnul, dari Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) iaitu antara orang kuat Cikgu Mohd Amin. Cikgu Amin tidak dapat menghadirkan diri atas hal-hal tertentu. Turut hadir Cikgu Fuad serta beberapa anak didiknya dari MRSM Pasir Salak. Cikgu Fuad juga telah menjemput PSSGMUTP ke majlis buka puasa yang akan diadakan di MRSM Pasir Salak pada 12hb September ini. Insyaallah, andai diizinkan Allah, kami akan hadir. Diharapkan majlis ini menjadi kenangan bagi mereka yang menyertainya. Kepada pengurus projek, Abdul Wafiy bin Abdul Karim, tahniah dan syabas atas majlis yang bermakna ini.

Sunday, August 16, 2009

Kursus Cindai "Meh pakat gulung kain sarung"

Kursus Cindai telah dilaksanakan dengan jayanya anjuran PSSGMUTP. Kursus ini berlangsung di Dewan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Banyak ilmu yang diperoleh daripada cikgu amin termasuk teknik2 menggulung & mengikat kain pelikat/sarung untuk dijadikan senjata yang berbahaya. Kursus ini sukar diadakan tanpa bantuan Kak Ila (Penganjur Ke-2) yang banyak membantu sehingga kereta beliau rosak ketika pergi membeli pasu dan papan untuk digunakan dalam kursus ini. Meskipun menghadapi masalah, namun kursus ini tamat tanpa sebarang masalah dan diharapkan agar ilmu yang diperoleh diamalkan serta dipraktikkan dengan baik...(n_n)

Wednesday, July 29, 2009

Minggu Mesra Kampus 2009


high school girl...




nk pusing2 mende 2,suh nuar..



farhan yg cool..n x jambu...




semart..



h1n1




main2 jer ni..nk yg serius, dtg demo kami :)

Majlis Ilmu Bersama Ayahanda


Majlis ilmu menguji ketahanan diri ini telah diadakan pada 25 & 26 Julai 2009. Ianya telah disertai oleh 14 orang wakil dari UTP. Antara ilmu yang diturunkan oleh ayahanda adalah ilmu mandi minyak, jalan atas bara api dan juga lompat atas kaca. Alhamdulillah, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan selamat. Terima kasih dan tahniah buat Kak Ila & the gang atas kejayaan majlis ini. Terima kasih juga buat ayahanda kerana sudi memberi peluang kepada kami anak-anak gayong untuk mempelajari ilmu ini yang sememang nya sukar diperolehi pada zaman ini. Semoga anak-anak gayong semua terus bersemangat dalam mendalami ilmu persilatan gayong.. Amin













Wednesday, July 15, 2009



WELCOME TO UTP,MAY & JULY 2009 INTAKE
Join us & learn,
THE FIRST & THE OLDEST MALAY SILAT in the world!!!

Kursus Senjata Di Kelantan




10 Jun 2009 yang lalu, PSSGMUTP telah menghantar beberapa orang wakil menyertai program yang diadakan di Maahad Tahfiz Sains Kelantan iaitu :

- Muhammad Fidzrul Azuan bin Razali
- Wan Ahmad Faiz bin Wan Razali
- Mohd Amir Haizat bin Hashim
- Anuar Firdaus bin Abu Zarin
- Fatin Amalina binti Rosdi

Pada Hari ini juga telah berlangsung nya Majlis Penyampaian Sijil,Bengkung, & Sandang Berjawatan. Majlis ini dihadiri oleh YB Mejar (B) Hj. Md Anizam Abdul Rahman (Adun Kemahang), Tuan Mudir MTS dan juga Ayahanda Cikgu Mohd Amin sendiri.














Blog Widget by LinkWithin