Thursday, October 1, 2009

Majlis Buka Puasa PSSGMUTP

Majlis Buka Puasa PSSGMUTP telah diadakan pada 4hb Septembar di astaka berdekatan Masjid An-Nur dimeriahkan ahli2 baru, lama serta para tetamu jemputan. Majlis bermula sekitar 6 petang dengan ketibaan para tetamu. Presiden PSSGMUP, Fawwaz bin Fuat telah memberikan ucapan alu-aluan dan telah mempersilakan para tetamu luar memberikan sepatah dua kata. Tetamu luar yang hadir pada malam itu termasuklah Abang Hasnul, dari Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) iaitu antara orang kuat Cikgu Mohd Amin. Cikgu Amin tidak dapat menghadirkan diri atas hal-hal tertentu. Turut hadir Cikgu Fuad serta beberapa anak didiknya dari MRSM Pasir Salak. Cikgu Fuad juga telah menjemput PSSGMUTP ke majlis buka puasa yang akan diadakan di MRSM Pasir Salak pada 12hb September ini. Insyaallah, andai diizinkan Allah, kami akan hadir. Diharapkan majlis ini menjadi kenangan bagi mereka yang menyertainya. Kepada pengurus projek, Abdul Wafiy bin Abdul Karim, tahniah dan syabas atas majlis yang bermakna ini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin